Pages

Anda Pelawat yang ke -

Wednesday, January 25, 2012

Pen dan kita


Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D
HAAAA...Setiap orang mempunyai cara memegang pen yang tersendiri kan? Ia mengikut keselesaan dan cara penulisan masing-masing. Cara kita memegang pen juga dapat mencerminkan keperibadiaan kita tau ! Adakah anda ingin mengenali sikap kawan anda atau sikap anda sendiri melalui cara memegang pen? Jom kita bongkarkan !!!....

Memegang hujung pen
Kebanyakan daripada kamu memegang pen dengan cara ini. Ia memudahkan kamu menulis atau melukis kan?. Cara ini menunjukkan yang kamu cukup yakin dengan diri sendiri dan percaya apa-apa kamu lakukan sentiasa akan berjaya. Tetapi kamu tidak perlu terlalu yakin...kerana ada kalanya apa-apa yang kamu lakukan tidak akan berjaya. Nanti kamu juga yang kecewa. Ingat tu !

Menyelitkan pen antara jari telunjuk dan jari hantu
Cara memegang pen seperti ini menunjukkan kamu seorang yang suka merendah diri dan penakut. Kamu tidak boleh tinggal sendirian di rumah dan kamu tidak boleh keseorangan. Apabila kamu sendirian, kamu rasa dunia kamu kosong. Oleh sebab itulah kamu suka mencari ramai kawan yang berbilang bangsa dan agama.

Mencondongkan pen
Ada sebahagian daripada kamu suka mencondongkan pen ketika menulis. Melalui cara ini, kamu lebih bersemangat dan sentiasa ingin maju ke hadapan. Kamu peka terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling kamu. Di sekolah, kamu sentiasa menjadi perhatian ramai dan sering mendapat pujian daripada guru-guru. Wahh.., nampak gayanya kamu awal-awal lagi sudah menunjukkan sifat kepimpinan kamu ya !. hihi

Suka menggoyangkan pen
Pantang mendengar muzik, kamu akan mula menggoyangkan badan kan? hehe. Begitu juga ketika kamu memegang pen. Hal ini menunjukkan kamu seorang pencinta seni. Kamu suka melukis, menyanyi, dan menari. Jadi, tidak hairanlah kamu sangat aktif dalam aktiviti kebudayaan di sekolah. Kamu juga seorang yang kelakar dan suka ketawa. Apabila kamu bersama rakan-rakan kamu, ada saja bahan untuk kamu mengenakan kawan kamu.

Mengigit belakang pen
Selalunya kamu teragak-agak untuk melakukan sesuatu perkara. Akibat terlalu banyak berfikir, pen kamu yang menjadi mangsa. Dalam sebulan, kamu akan menukar pen sebanyak tiga kali, mungkin. haha. Kamu bukanlah tidak yakin dengan diri kamu, tetapi kamu suka berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sikap kamu ini perlu diberi pujian. Walau apapun, tahniah kerana kamu berjaya menjadi diri kamu yang sebenarnya.

Mengetuk pen
Kamu seorang yang kreatif ! Kamu mampu membuat kraftangan yang sangat cantik. Kebolehan kamu ini sebenarnya boleh mendatangkan wang kepada kamu. ;)  Selain kreatif, kamu juga sensitif, berjiwa lembut, dan kamu juga suka menangis.. aumm manjanya kamu... hehe. Walau apapun, rakan-rakan kamu tetap mencari kamu ketika mereka mahukan satu kad hari jadi yang lain daripada yang lain. Beruntunglah kamu...

Memusingkan pen
Kamu dikategorikan sebagai seorang yang suka berangan. Walaupun kamu kuat berangan, kamu tidak pernah mengabaikan pelajaran. Kamu berpendapat, berangan boleh meningkatkan tahap keyakinan diri.

Selitkan pen pada telinga
Kamu rasa selesa apabila menyelitkan pen pada telinga. Pen kamu pun tidak hilang kan? Kamu dikatakan seorang yang pendiam tetapi berisi. Kamu seorang yang pintar dan tidak suka berlengah-lengah. Orang seperti inilah yang bagus dijadikan kawan. Pendiam bukan bererti kamu tidak pandai, tetapi berfikir dan mengingati apa-apa yang diajar oleh guru.

Dengan itu, lihat-lihatlah apakah sikap anda. hahaaa. Kalau saya, yang....memegang hujung pen itu. ;p
SEKIAN.
by, Gadis Ungu

♪♫♪ Terima kasih singgah baca, lain kali, singgah lagi ♪♫♪

No comments:

Post a Comment

Hye ! selamat mengkritik ! ahaha ;)

Perkara yang lepas