Pages

Anda Pelawat yang ke -

Saturday, January 21, 2012

Fall in love is a chemical reaction.

Assalamualaikum, err hello. Okay, meh nak sharing information sikit.. hehe. sebelum tu, Bismillahhirrahmanirrahim..... ;)


Tahukah anda yang "jatuh cinta" itu, sebenarnya tindak balas kimia?? hahaaa.... ;P
Okay, apabila anda mula "jatuh cinta" , anda biasanya mula "tergila-gilakan" si dia kan? Haa, masa inilah anda mahu perasaan ini kekal selamanya. DAN anda dah memang percaya yang ia akan kekal kan? Oleh itu, bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita, sebaik sahaja kita "jatuh cinta". Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian dalam otak yang berkait dengan emosi dan memori kita. hihi.
Dopamin - membuatkan anda berkata, saya sukakan kamu !!
Dalam tempoh beberapa bulan pertama, kamu tertarik pada seseorang, dengan itu, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun "cinta". Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan.! Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud..
Serotonin- membuatkan anda berkata, saya terlalu sukakan kamu !!
Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu "bercinta". Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. haha...Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.!
Oksitosinmembuatkan anda berkata, saya akan kekal dengan kamu !!Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.
Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Hehehe. SEKIAN........

♪♫♪ Terima kasih singgah baca, lain kali, singgah lagi ♪♫♪

No comments:

Post a Comment

Hye ! selamat mengkritik ! ahaha ;)

Perkara yang lepas