Pages

Anda Pelawat yang ke -

Friday, January 20, 2012

YOU !

SPECIAL POST;


Mestikah kau meragui tentang tulus setia cintaku.?? sedang kau telah lihat seluruh kejujuran yang aku jadikan kalung azimat, untuk menemanimu saat aku tiada disisi. Masihkah harus ada kebimbangan, bila jiwamu takut kehilanganku saat adanya saingan menjadi cabaran.?..sehiinggakan, cintaku kau pertaruhkan, harus dikorbankan......

Bisakah kau melihat seluruh kesungguhan ini ,walau telah pernah dan berkali-kali terjadi ? cinta kita dilukai dan diuji, memisahkan ikatan hingga menjadi sempadan, dingin dalam perasaan. Pernahkah terfikir olehmu sayang, kau seperti bintang di langit itu...? Mungkin tidak cantik di pandangan mata insan, tidak bersinar terang dalam kawanan bintang, tidak juga sahabat di mata bulan. Namun, di mata hatiku, kau adalah kerdipan yang selalu memberi semangat yang bersinar saat hatiku malap yang menjadi terang saat hatiku tidak keruan.. walaupun, kau tidak pernah sentiasa menemani hari-hariku selalu.................... ;')

Kekuatan cinta kita bukanlah kerana cinta itu cinta semata, tapi kerana kesungguhan bersama untuk terus bersama, untuk bertahan bersama, untuk membangun bersama walau mungkin kita akan rebah juga bersama. Asalkan kita tetap bersama, cinta tetap menjadi anugerah terindah milik kita. Cinta itu tidak pernah dipaksa dan terpaksa.. Saat kau memilih aku menjadi bintang hatimu, perasaan gembira itu ada di hati ini. Semoga aku sentiasa menjadi bintang hatimu. Amin..

Thanks for loving me, love K. hihi

♪♫♪ Terima kasih singgah baca, lain kali, singgah lagi ♪♫♪

No comments:

Post a Comment

Hye ! selamat mengkritik ! ahaha ;)

Perkara yang lepas